Penilaian Capstone di UII

Pada 11hb Julai 2023, dua orang pensyarah iaitu Dr. Nasrul dan Dr. Mohktar daripada BMIE telah dijemput untuk menilai Projek Tahun Akhir di UII, Jogjakarta, Indonesia. Projek tahun akhir bagi pelajar sarjana muda ini atau dikenali dengan konsep capstone, telah diadakan dengan jayanya dengan kehadiran pelbagai panel industri dan komuniti setempat. Syabas diucapkan kepada semua pelajar tahun akhir UII yang telah berjaya menyiapkan projek yang sangat menarik mengikut kehendak industri. Selesai sahaja program ini, Dr Nasrul dan Dr Mokhtar di santuni melawat beberapa tempat menarik dan bersejarah di sekitar universiti dan bandar Jogjakarta.