Bengkel Strategic Planning bMIE 2023

 Lego Serious Play 

Rabu, 1 Februari 2023 - Bertempat di Smart Classroom, P19a, satu Bengkel Strategic Planning bMIE 2023 - Lego Serious Play telah diadakan bagi memulakan aktiviti BMIE RG 2023. Bengkel kali ini lebih kepada Team Building di kalangan ahli BMIE dalam memastikan hala tuju 2023 dicapai bersama. Aktiviti lego yang dikendalikan oleh Dr Fauzan sememangnya banyak memberi manfaat dalam mengenali karakter ahli BMIE samada di dalam mahupun di luar UTM. Sedikit sebanyak memotivasikan ahli dalam memperkasa penyelidikan di FKE dan UTM.