7 MAC 2019 – Seramai 40
orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 3 dan 4 program Sarjana Muda
Kejuruteraan (Elektrik-Elektronik) atau singkatannya SKEL mendapat pengalaman
yang berguna serta inpirasi sepanjang lawatan sambil belajar ke Hospital Sultan
Ismail, Johor Bahru. Mereka diiringi oleh 7 orang pensyarah (BMIE staf) dan 2 orang
penolong jurutera dari divisyen Kejuruteraan Elektronik dan Komputer, Sekolah Kejuruteraan
Elektrik, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Menurut pengarah program
lawatan, Puan Mitra Binti Addi, lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada
para pelajar mengenai peralatan perubatan yang digunakan di hospital serta
mendalami aplikasi kejuruteraan dan sistem pengurusan dalam teknologi penjagaan
kesihatan. Secara tidak langsung, pelajar juga mendapat gambaran tentang skop
pekerjaan yang berkaitan dengan elektronik perubatan. Sepanjang lawatan ini, pelajar telah di beri penerangan
teknikal mengenai operasi di Hospital Sultan Ismail dan dibawa melawat ke Unit
Hemodialisis, Unit Rawatan Rapi
(ICU) serta Jabatan Radioterapi dan Onkologi. Alumni program SKEL, yang
kini bertugas sebagai Jurutera, Ahmad Safwan Bin Ahmad Kamil bersama-sama
dengan staf teknikal hospital telah berbesar hati untuk berkongsi ilmu dan
pengalaman bekerja di sebuah hospital serta memberi penerangan tentang
penggunaan peralatan perubatan kepada para pelajar. Pengalaman berada dan
melihat sendiri modaliti pengimejan seperti Digital X-Ray dan Imbasan CT dan
dan seharusnya banyak memberi input berguna kepada para pelajar.
|
ACTIVITIES >